2 Kaedah Efektif Untuk Anda Berjaya Menurunkan Berat Badan


Anda mungkin telah banyak mendengar tentang pentingnya pemikiran positif dalam penurunan berat badan. Jika anda terus berfikiran negatif, anda tidak akan dapat menurunkan berat badan. Sebaliknya, jika anda berfikiran positif, kehilangan berat badan akan menjadi mudah untuk anda.



Percaya atau tidak, anda tidak dapat untuk mengurangkan berat badan kerana anda percaya bahawa anda gemuk, kemungkinan besar, anda juga membenci diri sendiri atas sebab yang sama. Sekarang, jika anda percaya diri anda boleh menjadi kurus, cuba bayangkan kesan positif yang akan membantu penurunan berat badan anda. Minda dan 
sikap anda boleh menjayakan atau menggagalkan penurunan berat badan anda.

Dalam artikel ini saya kongsi bersama anda cara untuk membina corak pemikiran yang positif.
Ingat, sama seperti anda tidak boleh mengurangkan berat badan dalam sekelip mata, anda juga tidak boleh mengubah pemikiran negatif anda kepada yang positif dalam masa yang singkat. Maka bersabarlah dengan diri sendiri dan cuba mengambil kira perubahan ini secara perlahan-lahan ke dalam hidup anda!


1. Kenapa Anda Ingin Turunkan Berat Badan Anda:
  • Apakah sebab yang besar di sebalik usaha penurunan berat badan anda? 
  • Mengapakah anda ingin menurunkan berat badan? 
  • Adakah ia semata-mata kerana anda tidak dapat menanggung dengan kutukan yang anda terima daripada rakan-rakan pejabat anda, atau adakah ia kerana anda sentiasa ditolak setiap kali mengajak orang 'dating', atau hanya kerana anda mahu bentuk badan seperti selebriti kegemaran anda yang gambarnya baru-baru ini lihat dalam majalah? 
  • Apa pun, tulislah kesemuanya di atas sekeping kertas. Tuliskan semua sebab-sebab di sebalik usaha penurunan berat badan anda, tidak kira betapa kecil atau besar mereka!
  • Untuk hasil yang terbaik, beli beberapa PostIt Notes dan tuliskan segala-galanya pada pelekat, dan salin pada pelekat lain. Kemudian, lekatkan pelekat di setiap sudut rumah anda supaya anda diingatkan matlamat penurunan berat badan anda setiap hari. 
  • Jangan lupa melekatkan pelekat tersebut di dapur dan peti sejuk anda juga: mereka adalah tempat di mana anda paling mungkin akan terdorong untuk makan 'makanan yang tidak sihat' atau 'menipu' pada program diet anda!


2. Motivasi dan Matlamat yang Realisitik:
  • Sekarang sudah tiba masanya untuk menetapkan beberapa matlamat yang realistik untuk diri anda sendiri.
  •  Untuk berbuat demikian, anda perlu ketahui berat badan ideal anda, dan kemudian tolakkan berat itu daripada berat badan semasa anda. 
  • Jadi, sekarang anda tahu berapa banyak berat badan yang anda perlu turunkan untuk mengecapi berat badan ideal anda.
  • Secara realisitik, anda tidak boleh kehilangan lebih daripada 1kg seminggu. Cuba kira dan anggarkan berapa banyak KG anda boleh hilang setahun dari sekarang. Sekali lagi,biar realistik dalam matlamat anda, kerana matlamat yang tidak realistik tidak akan tercapai.

Sebaik sahaja anda telah menetapkan matlamat anda, anda kini memerlukan motivasi yang akan membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda.Apa yang anda akan gunakan untuk memberi motivasi diri anda akan bergantung kepada sebab di sebalik usaha menurunkan berat badan anda.Jika anda ingin menjadi seperti selebriti kegemaran anda, gantunglah gambar-gambar selebriti di sekeliling rumah anda. Letakkan gambar tersebut di sebelah gambar anda sekarang. Itu sudah pasti akan menjadi motivasi yang terhebat untuk program penurunan berat badan anda!