CARA MENGIRA KALORI DALAM MAKANAN

APA ITU KALORI ?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.



Bagaimana cara untuk kira kalori dalam makanan?
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita mengandung & menyusu : 2000-2500 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada satu-satu hari itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori orang dewasa selalunya makan/ambil dalam sehari?
(1) Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
(2) Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
(3) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
(4) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
(5) Makan Malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
*** Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak.
- 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan.
- Maka, dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!!

Bagaimana untuk membakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2 ) Berjalan pantas = 300 kalori
3 ) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4 ) Mengemas rumah = 240 kalori
5 ) Berkebun = 320 kalori
6 ) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7 ) Berbasikal statik = 380 kalori
8 ) Erobik = 405 kalori
9 ) Ping Pong = 280 kalori

Jadi kepada anda yang dah dapat berat IDEAL hasil dari penggunaan HERBALIFE ini adalah formula untuk anda kurangkan makan makanan yg tak seimbang dan bermula dgn mengira kalori anda setiap apa yg anda makan keranan jika kita menurut nafsu 10 produk kita makan pun sama sahaja...